Friday, May 28, 2010

Cuti sekolah - Banyak undangan kenduri kahwin dah kenduri naik rumah baru...

Cuti sekolah dah bermula. Cuti2 ni memang banyak undangan kenduri. Kat kawasan kediaman aku ni tak ada kenduri kahwin tapi banyak kenduri naik rumah baru sebab kawasan ni baru siap pembinaan dan baru dapat kunci rumah baru. Aku risau sebab aku ni diet. Tapi aku pergi juga sebab nak hormati undangan dari kawan2. Aku makan ala kadar jer. Makan lauk ngan sayur jer. Hehehehe.... Best gak...

Mlm semalam, sebelum tidur, aku pasang Detox Patch kat tapak kaki. Macam malam kelmarin gak la. Bangun pagi nih, bila bukak memang berminyak la tapak kaki aku nih. Sampai melekat dan ada kesan hitam kat tapak kaki. Lepas mandi, aku timbang berat aku. Dah 84kg.... Yes.!!! Takut tak turun. Sib baik turun gak. Aku berdiet dengan Slim Diet 2 dan aku pakai Detos Patch. Memang boleh turunkan berat badan nih.

Tuesday, May 25, 2010

Sakit sendi hilang...

Setahun lebih yang lalu aku kemalangan di tempat kerja. Aku terjatuh dan menyebabkan siku kiri aku terkehel disebabkan hentakan yang kuat. Dan sehingga hari itu, aku tak boleh mengangkat barang2 berat. Dah banyak kali aku pergi berurut tapi sakit tetap terasa. Kadang2 aku terasa tanganku kebas. Lutut kiri juga sakit bila aku hendat berlari. Apabila aku sujud ketika sembahyang, sakit itu betambah. Aku dah jumpa doktor tapi hanya ubat penahan sakit yang diberikan.

Tetapi, setelah aku mengambik susu Slim Diet 2 ni, sakit itu beransur hilang dan hari ini sakit itu tiada lagi. Aku dah boleh angkat barang berat, buat push-up dang juga berjogging. SD2 bukan sahaja dapat menurunkan berat aku malah menyembuhkan tulang dan sendi2 yang cedera.

Aku betul2 gembira sekarang...

Monday, May 24, 2010

Berat aku maintain...

Dua hari lagi cukup sebulan aku mengamalkan diet SD2. Berat aku masih bertahan pada 85kg. Tak berapa nak turun mungkin sebab aku ambik makanan berkarbohidrat 2/3 hari lepas. Berat tak naik tapi maintain la. Ok jugak la. Tidak seperti sesetengah ubat atau susu diet yang lain. Silap pantang skit, naik 1-2kg.

Jualan Slim Diet 2 pon ok jugak. Ada sambutan menggalakkan, cuma aku tak ada masa nak edarkan pamplet kepada orang ramai. Tapi yang pali mendapatpak sambutan adalah jualan Detox Foot Pads. Laju jer orang beli. Mungkin sebab harga dia murah kot kalau nak dibandingkan dengan harga Detox Foot Pads yg dijual di farmasi.

Saturday, May 22, 2010

New blog for Alpha Lipid & Slim Diet

Hari ni aku melancarkan blog baru untuk Alpha Lipid Life Line dan Slim Diet 2 iaitu Blog Alpha Slim dengan alamat http://alphaslim2u.blogspot.com/ Semua keterangan lanjut dan tempahan boleh di lakukan di blog tersebut. Blog hanya info dan kisah aku untuk menurunkan berat badan.

Wednesday, May 19, 2010

Slim Diet 2 - Formula Penurunan Berat Badan yang Pantas

PRODUK TERBARU DARI THE NEW IMAGE YANG MEMANG MENAKJUBKAN !

Hasil dari kejayaan dan sambutan yang luar biasa dari produk kolostrum Alphalipid Lifeline, langkah seterusnya NZ NEW IMAGE telah memperkenalkan satu lagi produk baru yang BAKAL MENGGEGARKAN pasaran Malaysia. Sejak akhir-akhir ini kami di SusuDotMy mula menerima banyak pertanyaan dan pesanan walaupun baru sebulan dipasarkan. Mungkinkah bakal menjadi produk utama kami pasarkan dari SusuDotMy.


Hasil dari kajian khusus dalam journal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan diketuai oleh Dr dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTIN DAN DIET KETOGENIK. Ianya terbukti:

• SELAMAT DAN EFEKTIF KERANA BERSUMBERKAN ALAM SEMULAJADI
• JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN JIKA BERAT ANDA TIDAK TURUN !. (Syaratnya: Ujian 'keto-stick' anda mesti berwarna PINK bagi memastikan anda patuh pada diet ditetapkan)
• BERTINDAK MENGIKUT SISTEM PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SEMULAJADI DAN MAKSIMUM
• MEMULIHKAN PUNCA PERTAMBAHAN BERAT DAN BUKANNYA HANYA MERAWAT SIMPTOM
• TIDAK MENYEBABKAN OTOT MENGGELEBER ATAU KENDUR MELAINKAN OTOT DAN KULIT YANG MANTAP.
• NYAHTOKSIK & PEMBERSIHAN SISTEM BADAN BERLAKU SECARA SPONTAN.
• PROGRAM YANG MENAWARKAN GALAKKAN HEBAT DENGAN PENURUNAN YANG CEPAT BERBANDING DENGAN PROGRAM YANG BERASASKAN LATIHAN FIZIKAL DAN KAWALAN KALORI.
• BERDASARKAN JUMLAH JUALAN DI ASIA-PASIFIK, PRODUK PENURUNAN BERAT BADAN NZ NEW IMAGE SDII TELAH MENURUNKAN 6000 TAN LEMAK DISELURUH DUNIA SEPANJANG 21 TAHUN DIPASARAN.
• DIJAMIN HASIL YANG MEMUASKAN, BERKESAN DAN MENJIMATKAN.
• SDII ADALAH PROGRAM MENURUNKAN BERAT PERTAMA DIDUNIA YANG AMALKAN TEKNIK DIET KARBOHIDRAT RENDAH.
• MEMEGANG CATATAN WORLD GUINNESS BOOK OF RECORDS KATEGORI PENURUNAN TERPANTAS.
• KUNCI KEJAYAAN SDII IALAH: TURUNKAN DIET KARBOHIDRAT + KURANGKAN LEMAK.
• PENURUNAN PURATA 1 MINGGU = 3KG ADALAH PASTI ! (Jika setia pada syarat) TANPA PERLU BERLAPARAN.
• SEBALIKNYA ANDA DIGALAKKAN MAKAN (PILIH MAKANAN KAYA PROTIN).

Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya'allah. Ianya tidak menyebabkan:
• Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari.
• Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.

Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

PROTIN
Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali. Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

SLIM DIET II atau singkatan SDII dari NEW IMAGE hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SDII. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas dari lemak tepu dan kolesterol.

Tips untuk program diet ini, anda memerlukan:
'1 GRAM PROTIN = SETIAP 1 KILOGRAM BERAT BADAN IDEAL ANDA'
Contohnya: Jika berat badan anda ialah 85 kg, sedangkan berat badan ideal anda seharusnya 70 kg, maka anda perlukan hanya 70 gram protin sahaja setiap hari. Dalam program ini, anda perlu untuk mengambil 4 gelas air bersama 2 skup penuh SDII (yang memberikan 40 gram protin). Selebihnya anda perlu mengambil 30 gram protin lagi dari makanan harian anda.

APAKAH RAHSIA KEJAYAAN SDII DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA ?
Badan anda mempunyai dua sumber tenaga iaitu:
1. Makanan yang anda makan.
2. Lemak yang tersimpan atau terkumpul dalam badan.

Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (gula dan kanji) badan anda secara semulajadi akan mula menghancurkan lemak untuk mendapatkan tenaga. Jumlah karbohidrat yang mencetuskan penghancuran lemak disebut sebagai Tahap Karbohidrat Kritikal atau ringkasnya CCL. Apabila lemak hancur, ketona dikeluarkan dan proses ini dipanggil Ketosis. Ketona diukur menggunakan kertas jalur ujian air kencing atau KETO STICKS (lihat gambar diatas). Dapatkan Keto Sticks ini dari kami pada harga hanya RM20. Keadaan kimia ini baik untuk menghancurkan lemak dengan begitu pantas serta juga menghalang kelaparan yang keterlaluan.


UJIAN AIR KENCING JALUR KETOSTIX
Pastikan bacaan adalah berwarna 'pink' (merah jambu)
Warna Putih / Tiada = Pengambilan karbohidrat terlalu tinggi untuk menggalakkan pemecahan lemak.
Warna Pink = Bacaan Ideal yang menunjukkan berlaku pembakaran lemak.
Warna Ungu = Perlu menambahkan pengambilan karbohidrat dan air.
Waktu yang paling sesuai melakukan ujian adalah seawal waktu pagi. Jalur ketostix mengambil masa 60 saat untuk menghasilkan warna.

PLAN YANG MUDAH DIIKUTI
Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah SATU, DUA, TIGA..
SATU - Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 - 250 ml air sejuk. Ulangi 4 kali sehari.
DUA - Kurangkan makanan berLEMAK, berKANJI dan berGULA.
TIGA - Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.
Pengambilan buah-buahan adalah tidak dibenarkan semasa menjalani program ini kerana kandungan Karbohidrat dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20 - 35 gram.

KENAPAKAH BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PLAN DIET SDII DI JALANKAN ?
Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan SDII ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini. Bandingkan jadual dibawah:

BUAH-BUAHAN SAIZ PENGAMBILAN KARBOHIDRAT (gram) TENAGA (kalori)
Epal Hijau 1 biji (sederhana) 9.1 39
Epal Merah 1 biji (kecil) 13.1 57
Pisang 1 biji (kecil) 22.9 100
Jambu batu Setengah biji (kecil) 10.0 46
Oren 1 biji (kecil) 10.4 49
Belimbing Setengah biji (kecil) 5.0 24
Durian Seulas 27.9 453
Rambutan 4 hingga 5 biji 13.9 59
Anggur 8 biji 16.3 68
Betik Sehiris nipis 7.1 35
Tembikai Sehiris nipis 6.0 28

MENU CADANGAN BAGI DIET SDII
Dibawah ini kami sertakan menu cadangan yang berkesan bersama SDII meliputi sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Penting: Pastikan minum SDII terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan.

SARAPAN PAGI
Menu-1 Minuman SDII, Sebiji telur + Daging + Keju Cheddar rendah lemak, 1 biji tomato saiz sederhana.
Menu-2 Minuman SDII, 2 Biji telur rebus, 1 biji tomato saiz sederhana.
Menu-3 Minuman SDII, 2 Biji telur hancur (scrambled) dan sayur campuran.
Menu-4 Minuman SDII, Sup telur dicampur hirisan ayam dan secawan kobis.
Menu-5 Minuman SDII, 2 biji telur goreng dan salad sayur-sayuran.
Menu-6 Minuman SDII, Sup berasaskan daging ayam, telur hancur (scrambled) dan Brokoli.
Menu-7 Minuman SDII, telur yang di steamkan dengan daging kisar dan cendawan serta sebiji tomato sederhana.

MAKAN TENGAHARI
Menu 1 Minuman SDII, Tofu serta isi ketam, telur dengan udang dan Brokoli rebus.
Menu 2 Minuman SDII, ayam dipanggang, adunan salad digoreng bersama bawang putih dan asparagus goreng.
Menu 3 Minuman SDII, daging goreng kicap dan brokoli bersama udang.
Menu 4 Minuman SDII, Rendang ayam serta adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
Menu 5 Minuman SDII, ayam digoreng bersama halia dan asparagus dipanggang bersama telur.
Menu 6 Minuman SDII, stik bersama potongan tomato segar dan adunan goreng kacang bendi, cendawan dan bawang.
Menu 7 Minuman SDII, ikan dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.

MAKAN MALAM
Menu 1 Minuman SDII, hirisan kambing bakar dengan sos pudina, sayur campuran dan daun saderi (celery) digoreng bersama udang.
Menu 2 Minuman SDII, Ikan yang dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
Menu 3 Minuman SDII, ayam yang dipanggang, tofu bersama daging kisar, serta sayur bayam.
Menu 4 Minuman SDII, hirisan kambing bakar bersama sos pudina, daun saderi (celery) + udang digoreng, serta sayur campuran.
Menu 5 Minuman SDII, Ketam yang dipanggang, ikan dan adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
Menu 6 Minuman SDII, adunan goreng udang campur daun saderi (celery) dan hati goreng halia.
Menu 7 Minuman SDII, Tofu beserta isi ketam, udang dimasak dengan telur, Brokoli yang direbus.

SEBELUM TIDUR, AKHIR SEKALI MINUM SEGELAS SDII.

PERHATIAN:
• Ibu yang hamil atau sedang menyusu bayi tidak seharusnya menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan.
• Kepada kesemua pengidap Diabetes Mellitus (IDDM) yang bergantung kepada insulin, adalah perlu pengawasan doktor ketika anda menyertai program ini.
• Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubatan tertentu.

Artikel diatas dipetik dari : http://www.susu.my


Saya mula mengambil SDII pada 27 April 2010. Ketika itu berat badan saya 94kg. Selepas 5 hari, berat badan saya turun kepada 90kg. Wow...! Ini sudah bagus.... Kalau anda ingin menurunkan berat badan anda, inilah masanya. Tempah SDII sekarang.

- Sham, KK, Sabah.



Monday, May 17, 2010

Slim Diet II - My testimoni

Saya mula mengambil SD2 pada 27 April 2010. Berat saya sebelum tuh ialah 94kg. Gambar diatas adalah ukur lilit pinggang saya yang terbaru pada 17 Mei 2010. Wow....!!! Memang betul-betul berhasil. Last saya timbang berat saya ialah pada 16 Mei 2010 iaitu 86.5kg dimana penurunan berat saya sudah 7.5kg...